Images
  • dortmund
    Rick van Drongelen dari Hamburg beraksi di Volksparkstadion. (Gambar: AXEL HEIMKEN/AP)

Bundesliga Jerman: Dortmund, Bayern duduki tangga sama

BERLIN: Borussia Dortmund menduduki tanggan teratas bersama Bayern Munich dalam Bundesliga Jerman. Ini meskipun ia seri di padang Eintracht Frankfurt.

Dortmund membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi jaringan Nuri Sahin.

Selepas masa rehat Maximilian Philipp pula menambah jaringan kepada 2-0.

Tetapi Eintracht Frankfurt dianugerahkan tendangan penalti yang berjaya disempurnakan Sebastian Haller pada minit ke-64.

Empat minit kemudian Marius Wolf pula menyamakan kedudukan kepada 2 - 2.

Di Hamburg pula, pasukan tuan rumah yang menentang Bayern Munich terpaksa bermain dengan 10 orang saja pada minit ke-39.

Satu-satunya gol tunggal perlawanan ini dijaring Corentin Tolisso pada minit ke-52.

Kemenangan tipis 1-0 itu sudah cukup untuk meletakkan Bayern di persada liga.

Di padang Leipzig, pasukan tuan rumah meraih kemenangan keempat berturut-turut dengan menundukkan Stuttgart 1-0.

- CNA/AA/sm

Komen Anda?

Top