Bundesliga: Dortmund tumpaskan Augsburg 2-1
Borussia Dortmund meluaskan jurang mata di persada liga kepada lima mata di hadapan pencabar terdekatnya.
JERMAN: Borussia Dortmund meluaskan jurang mata di persada liga kepada lima mata di hadapan pencabar terdekatnya.
Bermain di padang lawan, Dortmund berbaju belang membuka tirai jaringan menerusi Andrei Yarmolenko.
Tetapi pasukan tuan rumah, Augsburg, berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Caiuby.
Shinji Kagawa kemudian menempah nama sebagai penjaring gol terbanyak pemain Jepun dalam Bundesliga.
Jaringan Kagawa ini juga adalah golnya yang ke-38 di Jerman. Dortmund menang 2-1.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.