Images
  • dortmund
    Gambar: Borussia Dortmund/Facebook

Bundesliga: Dortmund kalah 4 kali berturut-turut

BERLIN: Borussia Dortmund mengalami kekalahan keempat berturut-turut, kali ini di tangan VfB Stuttgart.

Kesilapan Marc Bartra membolehkan pasukan tuan rumah Stuttgart membolosi pintu gol Dortmund seawal minit kelima.

Dortmund bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan apabila Maximilian Philipp menyudahkan percubaan penalti Andre Schuerrle.

Tetapi enam minit selepas masa rehat, Josip Brekalo menewaskan penjaga gawang Roman Buerki untuk meletakkan Stuttgart di hadapan semula 2-1.

Meskipun kalah, Dortmund kekal di tangga ketiga liga dengan Bayern Munich di persada liga.

- CNA/AA/sm

Komen Anda?

Top