Images
  • SG U22
    Pasukan Bola Sepak Singapura U-22. (Gambar: Football Association of Singapore)

Bola Sepak Sukan SEA: S'pura, Malaysia dalam kumpulan sama

SINGAPURA: Pasukan bola sepak Singapura berada dalam kumpulan yang sama dengan Malaysia bagi Sukan SEA pada Ogos ini, sekaligus mengelakkan pertarungan dengan Indonesia dan juara Thailand di peringkat saringan.

Singapura berada dalam Kumpulan A, bersama tuan rumah Sukan SEA Malaysia, Myanmar, Laos dan Brunei, selepas pengundian dijalankan semalam (8 Jul) di Kuala Lumpur. Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Timor Leste pula berada dalam Kumpulan B.

Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Singapura mendapat pingat gangsa di Sukan SEA 2013 di Myanmar semasa Hariss Harun menjaringkan dua gol untuk membantu Singapura menewaskan Malaysia 2-1.

Sukan SEA ke-29 akan diadakan di Kuala Lumpur dari 19 hingga 30 Ogos.  

- CNA/fa

Komen Anda?

Top