Images
  • hariss harun
    Kapten pasukan bola sepak negara Hariss Harun (kanan) semasa menentang Turkmenistan. (Gambar: AFP)

Bola sepak: S'pura naik 9 anak tangga ranking FIFA; di tempat ke-162

SINGAPURA: Pasukan bola sepak negara Singapura berada di tangga ke-162 di dunia, naik sembilan anak tangga, menurut ranking terkini Fifa yang dikeluarkan pada Khamis (14 Sep).

Singapura mendapat 171.28 mata pada bulan lalu, selepas dua keputusan seri 1-1 menentang Turkmenistan dan Hong Kong.

Perlawanan menentang Turkmenistan, iaitu perlawanan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), memberikan mata terbanyak kepada Singapura - 125.38 mata.

Singapura kini berada di bawah Mauritius dan di atas pasukan negara Puerto Rico.

Filipina kekal negara di Asia Tenggara yang menduduki tangga tertinggi iaitu ke-123, disusuli Vietnam (130), Thailand (137).

Singapura di tangga kelima di rantau ini, di belakang, Myanmar (152) dan di hadapan Malaysia, Laos (166) dan Indonesia (169).

10 pasukan teratas ranking di dunia adalah Jerman, Brazil, Portugal, Argentina, Belgium, Poland, Switzerland, Perancis, Chile dan Colombia.

- TODAY/RU/ru

Komen Anda?

Top