Images
  • spore under 23
    Gambar fail pasukan bola sepak bawah 23 tahun Singapura. (Gambar: fas.org.sg)

Bola Sepak: S'pura benam Brunei 4-1 dalam kelayakan AFC bawah 23 tahun

SINGAPURA: Pasukan bola sepak Singapura bawah 23 tahun mengakhiri kempen kelayakan pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 23 tahun dengan cemerlang selepas membenam Brunei Darussalam 4-1 di Stadium Thuwunna di Yangon hari ini (23 Jul).

Walaupun harapan untuk melayakkan diri ke pertandingan itu hancur kelmarin selepas ditundukkan Australia 0-7, prestasi pasukan Singapura hebat semasa menentang Brunei - yang juga sudah tersingkir sebelum perlawanan itu.

Empat gol pasukan Singa dijaringkan pemain sayap Hanafi Akbar, Taufik Suparno dan dua gol daripada Ikhsan Fandi, anak kepada ikon bola sepak negara Fandi Ahmad.

Pasukan itu akan bertolak ke Kuala Lumpur bulan depan bagi Sukan SEA, di mana mereka akan cuba mendapatkan pingat Sukan SEA buat pertama kalinya sejak tahun 2013.

Singapura akan menentang Brunei sekali lagi di Kuala Lumpur, yang mana kedua-dua pasukan itu akan berada di dalam Kumpulan A yang terdiri daripada Myanmar, Laos dan tuan rumah Malaysia.

- CNA/ru

Komen Anda?

Top