Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bola sepak: Ranking Singapura merosot ke kedudukan paling rendah

Pasukan bola sepak kebangsaan Singapura merosot ke kedudukan paling rendah dalam ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), menurut senarai terbaru yang diterbitkan pada Isnin (16 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Ranking Singapura merosot ke kedudukan paling rendah

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2017 11:53PM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 12:03AM

SINGAPURA: Pasukan bola sepak kebangsaan Singapura merosot ke kedudukan paling rendah dalam ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), menurut senarai terbaru yang diterbitkan pada Isnin (16 Okt).

Prestasi buruk pasukan Lions, yang ketandusan kemenangan dalam Piala Asia Oktober lalu termasuk tewas kepada Turkmenistan dalam perlawanan kelayakan dan Qatar dalam persahabatan antarabangsa, menyaksikannya turun 11 anak tangga dari 162 pada bulan September kepada 173 .

Kedudukan paling rendah Singapura sebelumnya dalam senarai 206-pasukan ialah 171, pada Oktober 2016.

Anak buah V Sundramoorthy masih belum memenangi sebarang perlawanan sejak mengalahkan Kemboja 1-0 dalam perlawanan persahabatan pada November 2016.

Berdasarkan ranking itu, Singapura kini ketinggalan di belakang Laos (162), Kemboja (170) serta St. Vincent and the Grenadines (172). Malaysia berada di kedudukan 170.

Sementara itu, Jerman kekal di ranking teratas dunia dengan mengumpul 1,631 mata, diikuti Brazil di tangga kedua (1,619), Portugal (1,446), Argentina (1,445) dan Belgium (1,333).

Sumber : CNA/SS/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan