Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Portugal, Perancis layakkan diri ke Piala Dunia 2018

Bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo dan Perancis Antoine Griezmann masing-masing menempah tempat ke Piala Dunia 2018 semalam (10 Okt) manakala pasukan Belanda terpaksa menggigit jari.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Oct 2017 08:55AM Dikemas Kini : 11 Oct 2017 09:44PM

PARIS: Bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo dan Perancis Antoine Griezmann masing-masing menempah tempat ke Piala Dunia 2018 semalam (10 Okt) manakala pasukan Belanda terpaksa menggigit jari.

Portugal mengalahkan Switzerland 2-0 di Lisbon hasil jaringan Andre Silva dan kesilapan Johan Djourou yang menjaringkan gol sendiri.

Jaringan Griezmann dan Olivier Giroud memberi Perancis kemenangan 2-1 ke atas Belarus di Stade de France.

Selepas kempen yang mengejutkan, kejayaan Perancis mengalahkan Bulgaria dan Belarus dalam dua perlawanan terakhirnya bermakna pasukan itu melayakkan diri secara langsung ke Piala Dunia 2018.

"Kami melalui laluan yang sukar dan malam ini juga bukan mudah tetapi kami berjaya mencapai matlamat kami," kata jurulatih, Didier Deschamps. "Kami gembira, walaupun kelayakan sepatutnya dijangkakan dengan mutu barisan pemain kami."

Keputusan kelayakan Zon Eropah bagi Piala Dunia 2018:

Perancis 2 Belarus 1

Belanda 2 Sweden 0

Luxembourg 1 Bulgaria 1

Portugal 2 Switzerland 0

Hungary 1 Kepulauan Faroe 0

Latvia 4 Andorra 0

Belgium 4 Cyprus 0

Greece 4 Gibraltar 0

Estonia 1 Bosnia & Herzegovina 2

 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan