Images
  • anderlecht
    Pemain Anderlecht Leander Dendoncker (kanan) menanduk bola ke gawang gol Manchester United. (Gambar: EMMANUEL DUNAND/AFP)

Bola Sepak: Man United terikat 1-1 dengan Anderlecht

BRUSSELS: Pemain Anderlecht Leander Dendoncker menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan untuk mencatat keputusan seri 1-1 bagi pasukannya dalam perlawanan pertama menentang Manchester United di peringkat suku akhir Piala Europa hari ini (14 Apr).

Pemain midfield Belgium Dendoncker berjaya menanduk bola daripada hantaran Ivan Obradovic empat minit sebelum wisel penamat, sekaligus menyamakan kedudukan selepas Henrikh Mkhitaryan menjaringkan gol United pada separuh masa pertama perlawanan.

Prestasi hebat Anderlecht pada separuh masa kedua perlawanan mungkin menunjukkan bahawa ia wajar menerima keputusan seri itu walaupun United terpaksa menggigit jari kerana tidak dapat menjaringkan gol daripada beberapa peluang yang dirintis sebelum ini.

"Kami perlu memastikan kemenangan. Kami mempunyai peluang, kawalan tetapi kami gagal menjaringkan gol," kata pengurus United Jose Mourinho.

"Terdapat banyak ruang yang boleh dimanfaatkan. Namun kami tidak menyempurnakannya kerana corak permainan dan keputusan yang kurang tepat."

Berikut adalah keputusan perlawanan pertama peringkat suku akhir Piala Europa:

Ajax (Belanda) 2 Schalke (Jerman) 0
Anderlecht (Belgium) 1 Manchester Utd (England) 1
Celta Vigo (Sepanyol) 3 Genk (Belgium) 2
Lyon (Perancis) 2 Besiktas (Turki) 1

Perlawanan kedua peringkat suku akhir akan berlangsung pada 20 April (waktu tempatan). 

- AFP/ru

Komen Anda?

Top
>