Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola Sepak: Malaysia mahu perlawanan dengan Korea Utara diadakan di gelanggang berkecuali

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tegang susulan pembunuhan Kim Jong Nam - abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di lapangan terbang Kuala Lumpur pada Februari.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola Sepak: Malaysia mahu perlawanan dengan Korea Utara diadakan di gelanggang berkecuali

Gambar fail pasukan bola sepak negara Malaysia. (Gambar: AFP/Ted Aljibe)

Diterbitkan : 10 May 2017 09:16PM Dikemas Kini : 10 May 2017 11:46PM

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini membuat rayuan terhadap perlunya perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara diadakan di Pyongyang, menurut badan bola sepak Asia itu pada Rabu (10 Mei).

"Terdapat satu rayuan dari FAM. Kami sedang meneliti keadaan ini," kata Windsor John, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat rayuan itu selepas AFC mengumumkan pada Isnin bahawa perlawanan akan berlangsung di Pyongyang pada 8 Jun.

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tegang susulan pembunuhan Kim Jong Nam - abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di lapangan terbang Kuala Lumpur pada Februari.

Kedua-dua negara buat sementara waktu melarang rakyat masing-masing daripada meninggalkan negeri dan memanggil pulang duta mereka.

Perlawanan itu pada asalnya dijadualkan berlangsung di Pyongyang pada 28 Mac lalu.

Bagaimanapun, ia ditunda selepas para pegawai Malaysia melarang pasukan negara itu daripada beraksi di Pyongyang, dengan merujuk kepada kebimbangan soal keselamatan.

Larangan perjalanan ditarik balik pada akhir Mac selepas perjanjian dibuat yang melibatkan pemulangan mayat Kim ke Korea Utara.

Setiausaha Agung FAM Hamidin Amin, dipetik portal berita Malay Mail sebagai berkata bahawa persatuan tersebut mempunyai beberapa kebimbangan.

"Saya lebih suka perlawanan diadakan di gelanggang berkecuali... kami akan membuat rayuan (terhadap keputusan untuk bermain di Pyongyang) terlebih dahulu," katanya. 

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan