Images
  • China Syria

Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia: China lawan Syria seri 2-2

CHINA: Harapan China untuk ke peringkat akhir Piala Dunia menghadapi tamparan selepas seri 2-2 dengan Syria dalam perlawanan Kumpulan A.

Syria mendahului seawal minit ke-12 menerusi tendangan penalti akibat kesilapan pasukan China.

Tendangan disempurnakan Mahmoud Al Maowas.

Namun China bangkit selepas masa rehat jugamenerusi tendangan penalti.

Gao Lin menyamakan kedudukan 1-1.

Tujuh minit kemudian Wu Xi meletakkan pasukannya di atas sekali lagi dengan tendangan kaki kanannya.

Malangnya kedudukan itu tidak dapat dipertahankan.

Ahmad Al Salleh menyekat laluan China ke peringkat akhir dengan tendangan bebas, menjadikan kedudukan 2-2.

China kini berada di tempat corot dalam kumpulan A.

Dalam perlawanan kumpulan B, Jepun nampak bersemangat untuk mengatasi Iraq selepas gol jaringan Yuya Osaka.

Namun Jepun dikejutkan dengan gol penyamaan Iraq 17 minit sebelum rehat.

Dengan kedudukan 1-1 ini, Jepun kini hanya satu mata di atas kedua-dua Arab Saudi dan Australia dalam kumpulan B.

- Agensi berita/nk

Komen Anda?

Top