Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bintang bola sepak Ronaldo dihadapkan ke mahkamah elak bayar cukai

Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo dihadapkan ke mahkamah dekat Madrid pada Isnin (31 Jul) kerana dituduh mengelak daripada membayar cukai bernilai jutaan euro.

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang bola sepak Ronaldo dihadapkan ke mahkamah elak bayar cukai

Cristiano Ronaldo. (Gambar fail: AFP/JAVIER SORIANO)

Diterbitkan : 31 Jul 2017 01:01PM Dikemas Kini : 31 Jul 2017 01:11PM

MADRID: Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo dihadapkan ke mahkamah dekat Madrid pada Isnin (31 Jul) kerana dituduh mengelak daripada membayar cukai bernilai jutaan euro.

Ini sekaligus menjadikannya pemain terbaru yang terkait dengan tuduhan sedemikian di Sepanyol.

Pemain berusia 32 tahun itu akan disoal oleh sebuah mahkamah di Pozuelo de Alarcon, sebuah kawasan luar bandar mewah di Madrid yang didiaminya, selepas pulang dari cuti musim panas dengan temanitanya dan saudara-maranya dan perjalanan promosi ke China.

Bintang kelahiran Portugal itu - iaitu atlit paling mahal di dunia menurut majalah Forbes - mengikuti jejak pemain Barcelona dan bintang Argentina Lionel Messi, yang didapati bersalah atas kesalahan sama tahun lalu.

Para pemain lain baru-baru ini juga didapati mengelak bayaran cukai di Sepanyol, dengan sebilangan daripada mereka sudahpun disabit kesalahan dan beberapa yang lain kini masih disiasat.

Para pendakwa menuduh Ronaldo mengelak cukai sebanyak 14.7 juta euro (S$23.4 juta).

Mereka mendakwa beliau "memanfaatkan struktur syarikat yang dihasilkan pada tahun 2010 bagi menyembunyikan pendapatan yang dijana di Sepanyol bagi hak penampilan beliau daripada pihak berkuasa cukai".

Mereka mendedahkan ini adalah "pelanggaran tuntutan fiskal yang disengajakan dan jelas di Sepanyol".

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan