Images
  • lionel messi
    Seorang pelukis melukis Lionel Messi di tempat kelahiran pemain bola sepak itu di Argentina. (Gambar: REUTERS/Marcos Brindicci)

Bintang bola sepak, Lionel Messi, akhiri zaman bujangnya

ARGENTINA: Para peminat pasukan bola sepak Barcelona pasti tumpang gembira hari ini (1 Jul).

Bintang pasukan itu, Lionel Messi akhirnya mengahwini temanitanya, Antonela Roccuzzo.

Majlis perkahwinan pemain terbaik dunia lima kali itu, dihadiri bintang-bintang bola sepak seperti Luis Suarez, Jordi Alba dan Angel di Maria.

Ia berlangsung di kota Rosario, Argentina tempat asal Messi dan isterinya.

Seramai 350 polis tambahan dikerah bagi menjaga keselamatan bagi majlis itu.

Messi dan Roccuzzo menjalin hubungan sejak mereka remaja.

Pasangan itu mempunyai dua orang anak berumur 21 bulan dan empat tahun.

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top