Images
  • messi
    Lionel Messi. (Gambar: Reuters)

Bintang Argentina Messi mungkin terlepas aksi di S'pura

SINGAPURA: Pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali Lionel Messi mungkin tidak akan turun padang bagi perlawanan persahabatan antara Argentina dan Singapura pada Selasa (13 Jun) di Hab Sukan Singapura, menurut laporan media Argentina.

Bintang dari kelab gergasi Barcelona itu kini sedang bersama pasukan kebangsaannya di Australia bagi perlawanan persahabatan menentang Brazil pada Jumaat ini (9 Jun).

Kedua-dua Messi dan rakan sepasukannya Nicolas Otamendi dijangka tidak akan bermain dalam perlawanan menentang Singapura supaya mereka dapat membuat persiapan bagi majlis perkahiwnan masing-masing, menurut laporan itu.

"Meskipun Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) belum mengesahkannya... Messi akan mengahwini (temanitanya) Antonella Roccuzzo, juga ibu kepada anak-anak lelakinya Thiago dan Mateo," dedah akhbar Clarin.

Pasangan tersebut akan berkahwin pada 30 Jun dan Messi mahu berada di sisi keluarga mereka bagi persiapan perkahwinan itu, menurut laporan tersebut.

Bagi Otamendi pula, pemain pertahanan dari kelab Manchester City itu akan berkahwin pada 16 Jun dan akan meninggalkan skuad kebangsaan setelah selesai perlawanan persahabatan menentang Brazil di Melbourne.

- CNA/im

Komen Anda?

Top