Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bengkel khas untuk terapkan budaya berbasikal dengan selamat bagi kaum wanita

Dalam usaha untuk menggalak budaya berbasikal di negara ini, satu bengkel diadakan bagi mengajar tentang teknik mengayuh basikal dengan selamat di jalan raya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bengkel khas untuk terapkan budaya berbasikal dengan selamat bagi kaum wanita

Satu bengkel diadakan bagi mengajar tentang teknik mengayuh basikal dengan selamat di jalan raya.

Diterbitkan : 29 Oct 2017 04:56PM Dikemas Kini : 30 Oct 2017 12:36AM

SINGAPURA: Dalam usaha untuk menggalak budaya berbasikal di negara ini, satu bengkel diadakan bagi mengajar tentang teknik mengayuh basikal dengan selamat di jalan raya.

Seramai 41 peserta mengikuti bengkel tersebut yang dikhususkan untuk kaum wanita.

Dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Singapura, bengkel itu antara lain mengajar para peserta cara berhenti dengan betul dan membaca gerak geri pengayuh-pengayuh basikal yang lain.

Misalnya, teknik mengelak daripada terlanggar pengayuh basikal yang kurang mantap.

Persatuan itu juga berharap jika lebih ramai orang dilengkapi dengan kemahiran sedemikian, ia dapat memupuk budaya berbasikal dengan selamat.  

Sumber : CNA/NU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan