Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bekas pemain England, Ugo Ehiogu meninggal dunia akibat serangan jantung

Pemain pertahanan itu juga pernah mewakili West Brom, Leeds, Rangers, dan Sheffield United, sebelum bersara pada 2009. Beliau mula menjadi jurulatih di Tottenham pada 2014.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pemain England, Ugo Ehiogu meninggal dunia akibat serangan jantung

Ugo Ehiogu (kanan) bersama bekas pengurus pasukan England, Fabio Capello. (Gambar: Twitter/Ugo Ehiogu)

Diterbitkan : 21 Apr 2017 05:03PM Dikemas Kini : 21 Apr 2017 05:06PM


LONDON: Bekas pemain pertahanan England dan Aston Villa Ugo Ehiogu meninggal dunia pada usia 44 tahun selepas mengalami serangan jantung di pusat latihan Tottenham pada Khamis (20 Apr).

Satu kenyataan pasukan Tottenham menyatakan Ehiogu meninggal dunia di hospital awal pagi ini.

Ehiogu, jurulatih pasukan bawah 23 tahun Tottenham, mewakili pasukan England sebanyak empat kali.

"Kata-kata tidak dapat meluahkan rasa terkejut dan kesedihan yang dirasai di kelab ini," kata Ketua Jurulatih dan Pembangunan Tottenham John McDermott yang ditukil BBC Sports.

"Kehadiran Ugo tidak dapat diganti," tambahnya.

Ehiogu mewakili pasukan Aston Villa lebih 200 kali dari tahun 1991 hingga ke 2000 dan kemudian ke pasukan Middlesbrough selama tujuh tahun.

Beliau memenangi Piala Liga bersama Villa pada 1994 dan 1996, dan juga bersama Boro pada 2004.

Pemain pertahanan itu juga pernah mewakili West Brom, Leeds, Rangers, dan Sheffield United, sebelum bersara pada 2009. Beliau mula menjadi jurulatih di Tottenham pada 2014.

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan