Images
  • holly holm
    Peserta MMA Holly Holm, yang bersaing di Ultimate Fighting Championship. (Gambar: Getty/UFC)

Bekas juara MMA Holly Holm tarikan utama UFC S'pura

SINGAPURA: Daya tarikan utama Ultimate Fighting Championship (UFC) yang bakal diadakan di Singapura ialah pertarungan antara bekas juara MMA Holly Holm dengan Bethe Correia dari Brazil bagi kelas bantam (61.2kg), seperti yang diumumkan hari ini (13 Apr).

Warga Amerika, Holm, 35 tahun, terkenal dengan kemenangan mengejutnya bagi gelaran juara kelas bantam semasa menumpaskan bintang seni mempertahankan diri (MMA) Ronda Rousey pada lewat 2015.

Namun bekas juara tinju dunia itu mula pudar dari dunia UFC dengan kekalahan di tangan Miesha Tate, Valentina Shevchenko dan Germaine de Randamie.

Holm (10 kemenangan, tiga kekalahan) kini akan cuba mengatasi siri kekalahan beliau dalam pertarungan dengan Correia (10 kemenangan, dua kekalahan, satu seri), yang kalah di tangan Rousey bagi kejuaraan kelas bantam pada Ogos 2015.

Pertarungan lain bagi acara di Singapura itu adalah seperti berikut: Dong Hyun Kim lawan Colby Covington; Takanori Gomi lawan Jon Tuck; Wang Guan lawan Alex Caceres; Ulka Sasaki lawan Justin Scoggins; Kwan Ho Kwak lawan Russel Doane; Cyril Asker lawan Walt Harris dan Naoki Inoue lawan Carls John De Tomas.

Tiket-tiket bagi acara itu djual di pondok tiket Hab Sukan dan menerusi laman onlinenya, dan juga cawangan-cawangan SingPost. 

- CNA/ru

Komen Anda?

Top
>