Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bayern Munich seri 2-2 dengan Wolfsburg; kekal di tempat kedua

Wolfsburg meraih satu mata setelah seri dalam perlawanan menentang Bayern Munich. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bayern Munich seri 2-2 dengan Wolfsburg; kekal di tempat kedua

Ignacio Camacho dari Wolfsburg menendang bola semasa menentang Bayern Munich. (Gambar: AFP/Guenter Schiffmann)

Diterbitkan : 23 Sep 2017 09:35PM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 09:44PM

MUNICH: Wolfsburg meraih satu mata setelah seri dalam perlawanan menentang Bayern Munich.

Gol pertama dijaringkan oleh pasukan tuan rumah, Bayern, menerusi tendangan penalti Robert Lewandowski.

Bayern kemudian melebarkan lagi jurang sebelum separuh masa pertama dengan tendangan Arjen Robben yang berjaya memasuki gol yang terpantul dari tubuh rakan sepasukan, Rafinha.

Namun tujuh minit selepas separuh kedua bermula, kesilapan oleh penjaga gol simpanan Bayern, membolehkan Wolfsburg untuk terus kekal dalam permainan.

Sebelum wisel penamat, Wolfsburg sekali lagi menjaringkan gol menerusi sondolan kepala Daniel Di-davi - menjadikan keputusan seri 2-2.

Bayern kekal di tempat kedua, sementara Borussia Dortmund di tempat teratas berdasarkan perbezaan gol.  

Sumber : CNA/NT/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan