Images
  • bayern
    Para pemain Bayern Munich meraikan kejuaraan mereka. (Gambar: Reuters / Kai Pfaffenbach Livepic)

Bayern Munich juara liga Jerman, 5 kali berturut-turut

JERMAN: Pasukan bola sepak liga Jerman, Bayern Munich, memberikan penghormatan kepada kapten Philipp Lahm dan pemain Sepanyol Xabi Alonso yang bakal bersara, dengan meraikan kejuaraannya musim ini.

Ini juga merupakan kejuaraan Bayern yang kelima berturut-turut.

Bayern Munich memastikan kejuaraan Bundesliga musim ini tetapi pasukan itu tidak mengambil ringan perlawanan terakhirnya menentang Freiburg.

Kapten Philipp Lahm dan Xabi Alonso turut beraksi buat kali terakhir sebelum berundur daripada arena bola sepak.

Seperti yang dijangkakan Bayern menang besar 4-1, sekali gus mencatatkan kelebihan 15 mata di hadapan pencabar terdekatnya, Leipzig.

Pemain Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubemeyang menjadi penjaring gol terbanyak dengan 31 gol.

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top