Images
  • Baton

Baton Sukan SEA kini di S'pura, destinasi kedua terakhir

SINGAPURA: Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN tahun ini akan berlangsung kira-kira tiga bulan lagi.

Menjelang kejohanan serantau itu, Singapura menyambut acara larian baton Sukan SEA yang pertama pagi tadi (13 Mei).

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu menerima baton itu dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin di *SCAPE Playspace.

Sejak Mac lalu, baton itu sudah menjelajah sembilan ibu kota negara-negara rantau ini.

Singapura merupakan destinasi kedua yang terakhir dalam acara berganti-ganti membawa baton.

Laluannya meliputi tempat-tempat ikonik seperti Taman Istana, Taman Olimpik Belia dan Marina Bay Sands.

Kira-kira 1,000 orang mengambil bahagian dalam acara ini yang berhenti di lapan tempat.

Para pesertanya termasuk beberapa atlit Team Singapore, pelajar Sekolah Sukan Singapura dan kumpulan sukarelawan Team Nila.

Acara membawa baton ini akan bertukar kepada larian obor di Malaysia yang akan dibawa menjelajah kesemua negerinya.

Ia akan berakhir di Kuala Lumpur pada 19 Ogos untuk upacara perasmian Sukan SEA 2017.

- CNA/nk

Komen Anda?

Top