Images
  • baton
    Para atlit membawa baton Ratu Elizabeth. 

Baton Ratu Elizabeth di S'pura sempena Sukan Komanwel

SINGAPURA: Baton Ratu Elizabeth kini di Singapura selepas perjalanan hampir lapan bulan dari London.

Larian berganti-ganti membawa baton itu adalah tradisi Sukan Komanwel sebagai meraikan kepelbagaian negara-negara pertubuhan itu.

Kira-kira 60 atlit menyambut Baton Ratu Elizabeth ini yang tiba dari Brunei pagi tadi (26 Okt).

Baton ini akan berada di sini selama lima hari.

Larian berganti-gantinya akan singgah di beberapa mercu tanda seperti Taman Merlion dan Marina Bay Sands.

Larian Baton tahun ini adalah yang paling jauh meliputi jarak 230,000 kilometer selama 388 hari dan di 70 negara.

Dari Singapura, baton ini akan menjelajah pula ke pulau Nauru berhampiran Australia.

Sukan Komanwel akan berlangsung di Gold Coast, Australia pada April depan. Singapura dijangka menghantar 69 atlit. 

- CNA/MM/fa

Komen Anda?

Top