Images
  • Tai Tzu
    Pemain badminton nombor satu dunia Tai Tzu-Ying menjulang mahkota perseorangan wanita. (Gambar: AFP / TOH TING WEI)

Badminton Terbuka S'pura: Pemain No 1 dunia Tai Tzu-Ying dan Sai Praneeth muncul juara

SINGAPURA: Pemain badminton nombor satu dunia Tai Tzu-Ying menjulang mahkota perseorangan wanita kejohanan badminton OUE Terbuka Singapura 2017 hari ini (16 Apr).

Tai Tzu berjaya menundukkan johan Olimpik Carolina Marin dari Sepanyol dalam perlawanan akhir dengan 'straight sets' 21-15 dan 21-15, setelah bertarung selama 38 minit.

Ini merupakan mahkota kelima buat Tai Tzu dalam tempoh lima bulan dan yang ketiga sejauh ini bagi tahun 2017.


Bagi kategori perseorangan lelaki pula, pemain dari India, Sai Praneeth B. memenangi kejuaraannya yang pertama bagi Super Series, setelah menumpaskan rakan senegaranya, Kidambi Srikanth.


Bagaimanapun kejayaan tersebut dikecapinya setelah berhempas pulas selama hampir sejam.

Sai Preenath B. diheret bermain sebanyak tiga set dan kalah set pertama, sebelum akhirnya menang dua set terakhir untuk mencatat keputusan 17-21, 21-17 dan 21-12.

OUE Singapore Open 2017 adalah kejohanan badminton paling berprestij di Singapura, yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura.

- Agensi berita/nk

Komen Anda?

Top
>