Images
  • NK athlete

Atlit terjun cantik Korea Utara kian menempa nama dalam arena sukan dunia

KOREA UTARA: Korea Utara mungkin salah sebuah negara paling menyendiri di dunia, tetapi para atlit sukan terjun cantik dari negara itu kian menempa nama dalam arena sukan dunia.

Korea Utara menghasilkan pemenang pingat emasnya yang pertama di Kejohanan Akuatik Dunia dua tahun lalu.

Dua bakat baru acara terjun cantik Korea Utara, Kim Kwang Hui dan Kim Mi Hwa mengambil bahagian dalam Grand prix Terjunan FINA DI Singapura baru-baru ini.

Mereka memenangi acara 10 meter terjun selari, mengalahkan pesaing-pesaing dari Korea Selatan dan Britain.

Pyongyang meletakkan harapan kepada atlit-atlit muda itu untuk mencapai keunggulan dalam sukan ini.

Untuk mencapai visi itu, para atlit muda tersebut menjalani rejim latihan yang amat gigih di bawah jurulatih yang diiktiraf FINA.

Korea Utara juga merancang untuk menghantar lebih ramai perenang mudanya ke kejohanan-kejohanan luar negara bagi menimba pengalaman lebih luas.

- Agensi berita/MM/nk

Komen Anda?

Top