Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Atlit luncur ais laju S'pura catat rekod terbaik di Olimpik Khas Musim Sejuk, raih 10 pingat

3 pingat emas, 4 perak dan 3 gangsa dirangkul pasukan yang bertanding buat julung kali

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit luncur ais laju S'pura catat rekod terbaik di Olimpik Khas Musim Sejuk, raih 10 pingat

Faliq Shazrin Alwi memenangi dua pingat emas buat Singapura di Sukan Olimpik Khas Musim Sejuk 2017 (Gambar-gambar: Special Olympics Singapore)

BERITAMediacorp: Tidak disangka-sangka negara yang terletak di khatulistiwa dengan cuaca lebih 30 darjah Selsius boleh melahirkan jaguh-jaguh sukan musim sejuk!

Namun itulah yang berjaya dibuktikan oleh sepasukan atlit kurang upaya Singapura yang bertanding di Sukan Olimpik Khas Musim Sejuk 2017 di Austria.

Pasukan luncur ais laju Singapura membawa pulang 3 pingat emas, 4 perak dan 3 gangsa daripada temasya sukan itu. Ini berbanding 3 perak dan 1 gangsa yang diperolehi Singapura di temasya yang sama di Korea pada 2013.

Pencapaian kali ini juga lebih membanggakan kerana ia merupakan kali pertama keenam-enam atlit yang mewakili Singapura, bertanding dalam acara ini.

Mereka termasuk dua anak Melayu berusia 14 tahun: Faliq Shazrin Alwi, yang memenangi 2 pingat emas; dan Muhammad Aymeric Nadim Hamblee, yang meraih 1 perak dan 1 gangsa.

Muhd Aymeric Nadim bertanding di acara luncur laju ais di Sukan Olimpik Khas Musim Sejuk

Muhd Aymeric Nadim(tengah) beraksi di acara luncur laju ais di Sukan Olimpik Khas Musim Sejuk

Pemenang pingat lain bagi sukan ini termasuk Ryner Lau (1 emas, 1 gangsa); Kotani (Ng) Hugh (2 perak); Tan Quan Yong, Vince (1 perak, tempat keempat); dan Goh Jia Chun, Shawn (1 gangsa, tempat keempat).

Selain acara luncur ais laju, buat julung-julung kalinya juga, Singapura menghantar sebuah pasukan untuk bertanding dalam acara floorball. Mereka dijadual turun gelanggang bagi acara terakhir esok.

Ryner Lau menangi pingat Emas di Sukan Olimpik Khas Musim Sejuk bagi S'pura

Ryner Lau menangi pingat Emas di Sukan Olimpik Khas Musim Sejuk bagi S'pura

Sukan Olimpik Khas Musim Sejuk Austria 2017 yang disertai lebih 3,00 atlit dari 110 negara tahun ini akan melabuhkan tirainya esok.

Kontinjen Team Singapore dijadual pulang ke tanah air lusa (26 Mac).

Orang ramai boleh menyambut kepulangan para atlit yang dijangka tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi sekitar 5.15 petang pada Ahad ini.


LAPORAN BERKAITAN:


Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan