Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Atlit lawan pedang S'pura Amita Berthier raih perak di Kejohanan Dunia

Atlit lawan pedang Amita Berthier, 16 tahun, menjulang satu lagi pencapaian pada Isnin (20 Nov) selepas memenangi perak bagi acara Piala Dunia Remaja  di Guatemala.

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit lawan pedang S'pura Amita Berthier raih perak di Kejohanan Dunia

Amita Berthier (kiri) menang perak di Kejohanan Dunia di Guatemala. (Gambar: Fencing Singapore)

Diterbitkan : 21 Nov 2017 10:31AM Dikemas Kini : 21 Nov 2017 10:34AM

SINGAPURA: Atlit lawan pedang Amita Berthier, 16 tahun, menjulang satu lagi pencapaian pada Isnin (20 Nov) selepas memenangi perak bagi acara Piala Dunia Remaja di Guatemala.

Kemenangannya ini juga menyusuli banyak kejayaan yang turut diraihnya tahun ini.

Berthier belum ditewaskan sepanjang pertandingan tersebut, selepas berjaya mengatasi para pesaingnya dalam pusingan-pusingan awal.

Beliau akhirnya menduduki tempat kedua di belakang pemenang pingat emas Lydia Casillas yang menang 15-11 dalam pusingan akhir.

Berthier, yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 kini adalah rakyat Singapura pertama untuk memenangi pingat dalam acara individu di Piala Dunia Remaja.

Ini bukanlah kali pertama di mana Berthier harus bersaing dengan Casillas. Beliau tewas kepada warga Mexico itu dalam pertandingan sama tahun lalu di mana beliau meraih tempat keenam, manakala Casillas memenangi pingat perak pada tahun 2016.

Bercakap kepada Mediacorp, Berthier berkata beliau "bangga dan terkejut" dengan prestasi baiknya.

"Ini tentu adalah tanda aras dalam kerjaya lawan pedang saya," dedahnya. "Ia tentunya satu dorongan untuk meraih lebih banyak kejayaan di Piala Dunia Remaja pada masa akan datang."

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan