Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arsenal tundukkan Man United 2-0; Newcastle kembali ke EPL musim depan

Kemenangan di Stadium Emirates membakar semangat Arsenal untuk bersaing bagi merebut empat tangga teratas liga walaupun pasukan itu masih enam mata ketinggalan Manchester City, yang menduduki tempat terakhir untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Arsenal tundukkan Man United 2-0; Newcastle kembali ke EPL musim depan

Pemain Arsenal Alex Oxlade-Chamberlain (kanan) beraksi dengan pemain Manchester United Jesse Lingard. (Gambar: Action Images via Reuters / John Sibley)

Diterbitkan : 08 May 2017 08:22AM Dikemas Kini : 08 May 2017 08:23AM

LONDON: Arsenal menjaringkan dua gol dalam masa tiga minit melalui Granit Xhaka dan Danny Welbeck untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Manchester United pada Ahad (7 Mei) sekaligus meranapkan rekod 26 perlawanan tanpa kalah United dalam Liga Perdana England.

Kemenangan di Stadium Emirates membakar semangat Arsenal untuk bersaing bagi merebut empat tangga teratas liga walaupun pasukan itu masih enam mata ketinggalan Manchester City, yang menduduki tempat terakhir untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah.

Arsenal bagaimanapun masih mempunyai kelebihan satu perlawanan ke atas pasukan itu.

Kemenangan itu juga meletakkan Arsenal hanya dua mata di belakang United, yang ketinggalan empat mata di belakang City.

Walaupun pengurus United Jose Mourinho sebelum ini mengatakan bahawa beliau akan menurunkan para pemain muda, namun hanya Axel Tuanzebe, 19 tahun, yang membuat kemunculan sulung bagi pasukan itu.

Kemenangan itu juga adalah yang pertama buat pengurus Arsenal Arsene Wenger ke atas Jose Mourinho dalam sesebuah perlawanan liga.

Dalam pada itu, Newcastle United menjuarai Divisyen Kedua semalam, selepas mengalahkan Barnsley 3-0 untuk mengungguli liga berkenaan dan kembali ke Liga Perdana England.

Di bahagian bawah liga itu pula, Nottingham Forest berjaya menyelamatkan diri daripada diturunkan ke liga lebih bawah namun juara Liga Perdana England pada 1995, iaitu Blackburn Rovers tidak bernasib baik selepas ia diturunkan ke liga lebih bawah setelah menduduki tangga ketiga paling corot dalam liga tersebut. 

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan