Arsenal tebus maruah, seri 2-2 dengan Man City
Arsenal memberikan sedikit ruang kepada pengurusnya Arsene Wenger untuk bernafas setelah bangkit dua kali untuk mencatat keputusan seri 2-2 dengan Manchester City.
LONDON: Arsenal memberikan sedikit ruang kepada pengurusnya Arsene Wenger untuk bernafas setelah bangkit dua kali untuk mencatat keputusan seri 2-2 dengan Manchester City di Stadium Emirates pada Ahad (2 Apr).
Pengurus City Pep Guardiola menyaksikan anak buahnya mendahului permainan sebanyak dua kali, melalui jaringan Leroy Sane dan Sergio Aguero.
Namun Arsenal memberikan respons hebat melalui jaringan Theo Walcott dan Shkodran Mustafi.
Kemenangan ke atas City mungkin menjadi sasaran Wenger, yang dikritik teruk oleh para penyokong Arsenal, selepas pasukan itu tewas empat kali dalam lima perlawanan Liga Perdana England.
Maka itu satu mata daripada keputusan seri itu amat dialu-alukan.
Wenger sekali lagi berdepan dengan tunjuk perasaan dan bantahan daripada sesetengah penyokong Arsenal, kali ini dengan sebuah van pengiklanan yang sengaja diletakkan di luar stadium untuk mengedarkan risalah-risalah mengenai pelancaran satu kempen media sosial, #NoNewContract.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.