Images
  • messi
    Argentina terhutang budi kepada kehebatan pemain handalannya, Lionel Messi, yang menjaringkan hat-trick. (Gambar: espnfc.com)

Argentina lega, berjaya layak ke pusingan akhir Piala Dunia

QUITO: Argentina akhirnya dapat menarik nafas lega apabila ia berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia di Rusia tahun depan.

Sebelum perlawanan kelayakan terakhirnya menentang Ecuador, peluang Argentina amat tipis.

Argentina, juara Piala Dunia sebanyak dua kali, terhutang budi kepada kehebatan pemain handalannya, Lionel Messi, yang menjaringkan hat-trick.

Romario Ibarra meletakkan Ecuador di hadapan hanya 37 saat setelah perlawanan bermula.

Tetapi, Messi menjaringkan dua gol dalam masa 20 minit untuk merubah kedudukan kepada 2-1.

Dalam separuh masa kedua, Messi menjaringkan gol ketiga Argentina untuk kemenangan 3-1.

Tiga lagi pasukan Amerika Selatan yang sudahpun layak ke Rusia tahun depan ialah Brazil, Colombia dan Uruguay.

- Agensi berita/AA/aq

Komen Anda?

Top