Ahli MMA S'pura May Ooi tundukkan pesaing M'sia Ann Osman
Atlit MMA Singapura May Ooi menewaskan jaguh tuan rumah Ann Osman sekaligus meraih kemenangan sulungnya semalam (18 Ogos) di ONE Champion Quest For Greatness di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Atlit MMA Singapura May Ooi menewaskan jaguh tuan rumah Ann Osman sekaligus meraih kemenangan sulungnya semalam (18 Ogos) di ONE Champion Quest For Greatness di Kuala Lumpur.
Ann terpaksa menyerah kalah setelah Ooi, 41 tahun, mencekup bahagian lehernya dari belakang dalam pusingan pertama.
Meskipun diasak oleh Ann pada awal pertarungan, Ooi menunjukkan kesungguhan untuk bangkit. Ooi berjaya menundukkan lawannya itu dan kembali menguasai gelanggang.
Kemenangan Ooi, yang juga bekas perenang Olimpik, adalah yang pertama dengan rekod 3-2.
Saksikan ketangkasan Ooi dalam video berikut:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.