Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

AFF bawah 18 tahun: S'pura kalah 1-3 di tangan M'sia

Malaysia meneruskan rentak positif dalam saingan Kejuaraan Bawah 18 tahun (B-18) Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) 2017, dengan kemenangan 3-1 ke atas Singapura dalam aksi kedua Kumpulan A, di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar, hari ini (6 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
AFF bawah 18 tahun: S'pura kalah 1-3 di tangan M'sia

Malaysia menang 3-1 ke atas Singapura dalam aksi kedua Kumpulan A. (Gambar: Petikan skrin dari video Youtube)

Diterbitkan : 06 Sep 2017 11:33PM Dikemas Kini : 06 Sep 2017 11:39PM

KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan rentak positif dalam saingan Kejuaraan Bawah 18 tahun (B-18) Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) 2017, dengan kemenangan 3-1 ke atas Singapura dalam aksi kedua Kumpulan A, di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar, hari ini (6 Sep).

Selepas kedua-dua pasukan gagal mencipta jaringan pada separuh masa pertama, Zafuan Azeman membuka jaringan pada minit ke-58 bagi Malaysia, menurut laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Skuad kendalian Bojan Hodak terus memburu jaringan menerusi Ammar Akhmall Alias pada minit ke-69 dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak pada minit ke-89, sebelum Singapura mendapatkan gol sagu hati menerusi Katz Saul Ellison seminit kemudian.

Terdahulu, Malaysia membuka kempen menerusi kemenangan 4-1 ke atas Laos dua hari lalu di padang yang sama.

Malaysia seterusnya akan bertemu Timor Leste pada Jumaat ini dan Kemboja pada Ahad, sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan menentang Thailand pada 12 September ini.

Hanya dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir yang akan berlangsung pada 15 September, manakala pusingan akhir dan perlawanan penentuan tempat ketiga dijadualkan pada 17 September.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan