Images
  • argentina spore
    Pasukan Singapura bertarung dengan Argentina dalam satu perlawanan persahabatan. (Gambar: Noor Farhan)

Aduh! Argentina belasah S'pura 6-0

SINGAPURA: Sempena meraikan ulang tahun ke-125 Persatuan Bola Sepak Singapura, pasukan Argentina dijemput bertarung dalam satu perlawanan persahabatan hari ini (13 Jun). Hasilnya? Argentina belasah Singapura 6-0.

Pasukan Singa sudah diberi amaran oleh jurulatih baru Argentina Jorge Sampaoli yang mengenakan formasi serangan 3-5-2 diterajui kapten gantian Lucas Bigila.

Kekalahan itu menambahkan kekecewaan kepada pasukan Singa yang kalah 1-2 di tangan Chinese Taipei di perlawanan kelayakan Piala Asia Sabtu lalu (10 Jun).

Pasukan negara akan menjadi tuan rumah kepada Turkmenistan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia seterusnya pada 5 September.

Pasukan Argentina pula akan menentang Uruguay dalam perlawanan kelayakan penting Piala Dunia 2018 pada 31 Ogos nanti.

- CNA/ru

Komen Anda?

Top