Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

ActiveSG lancarkan akademi badminton, frisbee

Gerakan sukan negara ActiveSG akan melancarkan lebih banyak akademi dan kelab pada 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
ActiveSG lancarkan akademi badminton, frisbee

Kanak-kanak yang menyertai Akademi Tenis ActiveSG. (Gambar: Sport Singapore)

Diterbitkan : 09 Mar 2017 09:52PM Dikemas Kini : 09 Mar 2017 09:53PM

SINGAPURA: Gerakan sukan negara ActiveSG akan melancarkan lebih banyak akademi dan kelab pada 2017 bagi menawarkan para belia akses kepada sukan tradisional seperti badminton dan hoki.

Ini termasuk juga sukan-sukan bukan tradisional yang semakin popular seperti frisbee dan floorball, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) Grace Fu hari ini (9 Mac).

Ini tambahan kepada kepada tiga Akademi Sukan yang ada sekarang - bola keranjang, bola sepak, tenis - dan dua kelab sukan - atletik, kelab kembara - yang beroperasi sejak tahun lalu.

Beliau kemudian mengumumkan satu Program Pakar Aktif yang akan dilancarkan bagi menggalak lebih ramai warga tua lebih aktif secara fizikal, melalui sukan diubah suai dan kegiatan senaman yang sesuai bagi keadaan mereka.

Bagi melengkapi program ActiveSG, MCCY akan terus mengembangkan dan mempertingkatkan akses kepada ruang-ruang sukan, kata Setiausaha Parlimen Baey Yam Keng.

Encik Baey juga berkata Program Sukan dalam Kawasan atau SIP (Sports-in-Precinct), yang mewujudkan tempat bersukan di kawasan kejiranan, akan memulakan sekitar 20 projek di merata Singapura menjelang tahun 2020, dengan sokongan dana S$50 juta yang didedahkan semasa Belanjawan 2017. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan