Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

840 atlit dipilih wakili S’pura di Sukan SEA 2017

Sekitar 840 atlit sudah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) untuk mewakili negara di Sukan SEA ke-29 yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
840 atlit dipilih wakili S’pura di Sukan SEA 2017

Malaysia menjadi tuan rumah acara Sukan SEA 2017. (Gambar: AFP/ROSLAN RAHMAN)

Diterbitkan : 21 Apr 2017 08:58AM Dikemas Kini : 21 Apr 2017 12:33PM

SINGAPURA: Sekitar 840 atlit sudah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) untuk mewakili negara di Sukan SEA ke-29 yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Jumlah tersebut dijangka dikurangkan apabila Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) mengesahkan atlit yang mengambil bahagian.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam (20 Apr), SNOC menyatakan para atlit itu dipilih daripada 34 sukan, semasa Jawatankuasa Pemilihan SNOC – dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Presiden SNOC Tan Chuan-Jin – bertemu untuk menimbangkan pencalonan yang diterima dari para NSA.

Para atlit yang masih belum mencapai tahap kelayakan yang ditetapkan diberi tempoh sehingga pertengahan bulan Jun untuk memenuhi kriteria tempat ketiga di peringkat Asia Tenggara, menurut SNOC.

Rayuan-rayuan akan dipertimbangkan oleh SNOC pada 15 Jun 2017.

Acara Sukan SEA ke-29 akan berlangsung pada bulan Ogos tahun ini, dengan 405 acara bagi 38 sukan. Sukan-sukan seperti kriket, hoki ais dan luncur ais akan ditampilkan buat pertama kali tahun ini dan para atlit Team Singapore dalam sukan-sukan tersebut semuanya sudah mencapai kelayakan yang ditetapkan di percubaan pertama, menurut SNOC.

Semasa acara Sukan SEA yang ke-28 yang diadakan di Singapura pada tahun 2015, Team Singapore terdiri daripada 747 atlit – paling ramai yang pernah mewakili negara dalam sesebuah acara sukan besar. Mereka meraih 84 pingat emas, 73 pingat perak dan 102 pingat gangsa.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan