6 bas penyokong Team S'pore akan ke KL bagi Sukan SEA 2017
Sukan yang penyokong dapat menonton bergantung kepada jadual pertandingan dan penyertaan para atlit Singapura.
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya enam bas penyokong Team Singapore akan ke Kuala Lumpur pada Jumaat ini (18 Ogos) bagi menyaksikan Sukan SEA ke-29.
Mereka mendaftar untuk pakej pelancongan khas Sukan SEA ActiveSG.
Bagi mereka, pakej itu bukan sekadar pakej komersil tetapi ia membantu bangkitkan semangat patriotisme serta memberi mereka peluang untuk menyokong para atlit Team Singapore di Kuala Lumpur.
Pakej tersebut merangkumi tiket untuk menyaksikan para atlit beraksi, tiket bas ulang alik dari Singapura ke Kuala Lumpur serta pengangkutan ulang alik ke lokasi-lokasi pertandingan dari hotel.
Sukan yang penyokong dapat menonton bergantung kepada jadual pertandingan dan penyertaan para atlit Singapura.
Senarai itu termasuklah acara berenang, tenis meja dan bola sepak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.