Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

33 pelumba F1 termasuk Schumacher diiktiraf dalam 'Hall of Fame'

33 pelumba kereta diiktiraf dalam 'Formula One Hall of Fame' di Paris yang mula membuka pintunya kepada orang ramai, semalam (4 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2017 07:23PM Dikemas Kini : 05 Dec 2017 09:46PM

PARIS: 33 pelumba kereta diiktiraf dalam 'Formula One Hall of Fame' di Paris yang mula membuka pintunya kepada orang ramai, semalam (4 Dis).

Kereta-kereta lumba lama termasuk yang menyertai perlumbaan sulung F1 dalam tahun 1950 dipamerkan di sini.

Para pengunjung juga dapat melihat pakaian-pakaian dan topi keledar para juara dunia F1.

Antara pelumba yang diiktiraf ialah Michael Schumacher, yang menjadi juara dunia tujuh kali.

Schumacher, yang mengalami cedera parah dalam satu kemalangan semasa bermain ski empat tahun lalu, tidak dapat hadir dalam majlis ini.

Namun pengurusnya berkata pelumba rakyat Jerman itu sudah pasti berbesar hati kerana diberi penghargaan ini.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan