Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

300 peminat bola sepak serang polis selepas Maghribi layak ke Piala Dunia

Kemeriahan menyambut kemenangan pasukan bola sepak Maghribi ke peringkat akhir Piala Dunia, bertukar ganas pada hujung minggu.

Anggaran Waktu Membaca:
300 peminat bola sepak serang polis selepas Maghribi layak ke Piala Dunia

(Gambar: TWITTER/ @BEKAHMOLONY_)

Diterbitkan : 13 Nov 2017 07:20PM Dikemas Kini : 13 Nov 2017 07:36PM

BRUSSELS: Kemeriahan menyambut kemenangan pasukan bola sepak Maghribi ke peringkat akhir Piala Dunia, bertukar ganas pada hujung minggu.

Polis Brussels mengatakan sekitar 1,500 orang sedang meraikan kemenangan Maghribi ke atas Ivory Coast 2-0 apabila sekitar 300 orang mula bertindak ganas dan menyerang anggota-anggota polis.

Pasukan pencegah rusuhan menggunakan pancutan air bagi menyuraikan para perusuh yang mula membakar kereta dan memusnahkan harta benda awam.

22 orang anggota polis cedera dalam keganasan ini.

Lebih 100,000 orang pendatang asal Maghribi menetap di kota Brussels sejak tahun-tahun 1960-an.

Sumber : CNA/MM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan