Images
  • atlit muda

300 atlit muda terima Biasiswa Yayasan Olimpik S'pura Peter Lim

SINGAPURA: Lebih 300 pelajar-atlit dianugerahi Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura Peter Lim hari ini (30 Mei).

Mereka termasuk 49 penerima dalam kategori prestasi tinggi, di bawah 18 tahun.

Biasiswa mula diberi pada tahun 2010 untuk membantu para atlit muda cemerlang dari keluarga berpendapatan rendah.

"Saya rasa gembira dan juga lega hati kerana saya dapat meringankan beban ibu bapa saya untuk penajaan sukan ini kerana sukan menembak ini adalah sukan yang agak mahal."
kata Mohd Irwan Abdul Rahman, penerima biasiswa.

Sehingga kini, lebih 2,000 biasiswa bernilai hampir $6 juta dianugerahkan.

Tahun ini, Yayasan Olimpik Singapura menerima lebih 1,100 permohonan dari sekolah rendah, menengah, institusi pengajian tinggi dan di bawah 18 tahun. 

- CNA/ur

Komen Anda?

Top