Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

3 rekod dunia pecah dalam kejohanan dunia FINA

Tiga rekod dunia tumbang dalam aksi-aksi sukan renang Kejohanan FINA malam semalam (25 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Jul 2017 09:35PM Dikemas Kini : 26 Jul 2017 10:13PM

BUDAPEST: Tiga rekod dunia tumbang dalam aksi-aksi sukan renang Kejohanan FINA malam semalam (25 Jul).

Perenang Britain Adam Peaty memecahkan rekod dunianya sendiri dalam acara 50 meter kuak dada, bukan sekali tetapi dua kali.

Yang pertama kali adalah dalam acara saringan, dan kemudian dalam perlumbaan peringkat akhir.

Ini sekaligus menjadikannya lelaki pertama yang berjaya mencatatkan masa di bawah 26 saat atau lebih tepat lagi 25.95 saat.

Kylie Masse dari Kanada juga mencatatkan rekod dunia yang baru bagi acara 100 meter kuak lentang.

Atlit 21 tahun itu mencecah garisan penamat dengan masa 58.10 saat iaitu 0.02 saat lebih pantas daripada rekod lama pada 2009.

Turut cemerlang adalah atlit Amerika Lilly King yang kini memegang rekod dunia dalam acara 100 meter kuak dada.

Beliau mencatatkan masa seminit 4.13 saat, lebih pantas daripada rekod lama seminit 4.35 saat.

Rakan senegaranya Katie Ledecky juga muncul juara bagi acara 1,500 meter gaya bebas, sekali gus menjadikannya wanita pertama meraih 12 emas dalam kejohanan renang sedunia. 

Sumber : CNA/AA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan