Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

2 pasukan S'pura jadi juara dan naib juara Ragbi Antarabangsa Power Royal Sevens

Pasukan Singa FRC dari Singapura muncul juara bagi kategori pasukan kelab dalam Kejohanan Ragbi Antarabangsa Negeri Sembilan Power Royal Sevens 2017 yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) hari ini (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
2 pasukan S'pura jadi juara dan naib juara Ragbi Antarabangsa Power Royal Sevens

Gambar hiasan. (Gambar: Tigers Super Sports)

Diterbitkan : 01 Oct 2017 11:45PM Dikemas Kini : 02 Oct 2017 12:06AM

SEREMBAN: Pasukan Singa FRC dari Singapura muncul juara bagi kategori pasukan kelab dalam Kejohanan Ragbi Antarabangsa Negeri Sembilan Power Royal Sevens 2017 yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) hari ini (1 Okt).

Singa FRC, selaku pasukan pilihan, berhadapan saingan sengit daripada pasukan senegara di peringkat akhir kejohanan ketika bertemu Singapore Criket Club dengan kemenangan tipis 17-14.

Singa FRC membawa pulang piala pusingan Piala Yam Tuan Negeri Sembilan Royal Sevens, piala iringan berserta hadiah iringan, sementara Singapore Criket Club selaku naib juara pula membawa pulang piala iringan berserta hadiah iringan.

Sementara itu, pasukan Cobra daripada Selangor meraih tempat ketiga selepas berjaya menewaskan RMP Blues (Polis) 17- 12 dalam merebut tempat ke-3 dan ke-4 bagi kategori sama.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir  dan anakanda bagindaTunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin turut hadir menyaksikan perlawanan akhir kejohanan edisi ke-19 itu.

Tuanku Muhriz turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir kejohanan tersebut ialah Penaung Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Tunku Naqiuddin Ibni Almarhum Tuanku Jaafar, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan Abdul Jalil Datuk Borhanuddin.

Dalam perlawanan akhir kategori sekolah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Mersing, Johor, muncul juara selepas mengetepikan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah 19-5.

SMK Seri Mersing membawa pulang Piala pusingan Menteri Besar Negeri Sembilan, piala iringan dan hadiah iringan manakala Sekolah Menengah Sains Pokok Sena membawa pulang piala iringan berserta hadiah iringan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Saujana, Pahang menduduki tempat ketiga selepas menundukkan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Negeri Sembilan 12-7.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan