Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

2 gol Vardy tumpaskan Liverpool 3-1; kemenangan pertama Leicester selepas Ranieri dipecat

Kelab bola sepak England Leicester City kembali mempamerkan corak permainan yang hebat hari ini (28 Feb) selepas penyerangnya Jamie Vardy menjaringkan dua gol. 

Anggaran Waktu Membaca:
2 gol Vardy tumpaskan Liverpool 3-1; kemenangan pertama Leicester selepas Ranieri dipecat

Penyerang Leicester City Jamie Vardy bersama pemain Liverpool James Milner selepas perlawanan itu. (Gambar: Reuters / Darren Staples Livepic)

Diterbitkan : 28 Feb 2017 08:30AM Dikemas Kini : 28 Feb 2017 08:31AM

REUTERS: Kelab bola sepak England Leicester City kembali mempamerkan corak permainan yang hebat hari ini (28 Feb) selepas penyerangnya Jamie Vardy menjaringkan dua gol.

Ini memastikan kemenangan 3-1 ke atas Liverpool, sekaligus membawa pasukan itu keluar daripada tiga tangga tercorot Liga Perdana England.

Dalam perlawanan pertama sejak pengurus Claudio Ranieri dipecat selepas lima kekalahan berturut-turut, Leicester mempamerkan prestasi musim lalu yang berjaya menjadikan mereka juara liga.

Liverpool tidak dapat mengawal permainan pagi tadi dan kekalahan ini memudarkan harapan Liverpool untuk menduduki empat tangga teratas.

Vardy menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-28, yang juga merupakan gol liga pertama beliau sejak bulan Disember.

Danny Drinkwater kemudian menjadikan kedudukan 2-0 selepas menjaringkan gol cemerlang enam minit sebelum masa rehat.

Pada minit ke-60, Vardy menandukkan bola ke dalam gawang Liverpool.

Walaupun Liverpool dapat menguasai perlawanan dalam separuh masa kedua dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-69 melalui Philippe Coutinho, Leicester dapat bertahan sehingga ke wisel penamat untuk membantu pasukan itu menduduki tangga ke-15. 

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan