Images
  • manchester united
    Para pemain Manchester United meraikan trofi kemenangan mereka menentang Southampton di stadium Wembley. (Gambar: Ian KINGTON/AFP)

2 gol Ibrahimovic tewaskan Southampton; hadiahkan Mourinho piala pertama sebagai pengurus United

LONDON: Zlatan Ibrahimovic bukan saja muncul sebagai wira pasukan, malah penyerang veteran berusia 35 tahun itu juga berjaya membantu Manchester United meraih piala yang pertama di bawah pimpinan Jose Mourinho.

United menewaskan Southampton 3-2 pada Ahad (26 Feb) dalam perlawanan akhir Piala Liga yang berlangsung di Stadium Wembley semalam.

United menjaringkan gol pertamanya menerusi tendangan percuma yang dijaringkan oleh Ibrahimovic pada minit ke-19.

United kemudian menambah jaringan melalui gol Jesse Lingard pada minit ke-38.

Southampton yang diterajui oleh penyerang Itali Manolo Gabbiadiani bangkit pada minit ke-45 untuk merapatkan jurang.

Gabbiadiani bertindak cemerlang pada minit ke-48 untuk menyamakan kedudukan.

Perlawanan masih terikat 2-2 sehingga minit ke-87 dan bekas kapten pasukan Sweden, Ibrahimovic membuktikan keunggulannya dengan menjaringkan gol kemenangan, yang sekaligus memberikan piala pertama kepada Mourinho yang dilantik sebagai pengurus baru United pada awal musim ini.

- CNA/im

Komen Anda?

Top