Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

16 kanak-kanak menang hadiah saksikan juara NBA beraksi di China

Seramai 16 kanak-kanak dari Singapura memenangi hadiah lawatan untuk melihat juara NBA, Golden State Warriors, beraksi di Shanghai, China.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Aug 2017 09:07PM Dikemas Kini : 13 Aug 2017 09:33PM

SINGAPURA: Seramai 16 kanak-kanak dari Singapura memenangi hadiah lawatan untuk melihat juara NBA, Golden State Warriors, beraksi di Shanghai, China.

Ia hasil kerjasama antara program belia sejagat liga bola keranjang itu dan Sukan Singapura yang bertujuan mengajar kemahiran asas serta nilai teras sukan tersebut kepada kanak-kanak.

Sekitar 200 pemain tempatan berusia antara lima dengan 14 tahun dilatih oleh pemain Miami Heat, Justise Winslow, sepanjang tiga hari untuk bersaing tempat di dalam pasukan Junior NBA All-Star Singapura.

Akhirnya, hanya lapan budak lelaki dan lapan budak perempuan dipilih.

Para pemain ini akan mengambil bahagian dalam acara NBA luar negara dengan rakan-rakan dari Asia Tenggara pada lewat tahun ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan