Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

1.3 juta penonton seluruh dunia saksi gol ajaib Faiz Subri

Setakat 2.00 petang tadi (2 Dis), 1,348,827 penonton sudah menyaksikan video gol ajaib jaringan penyerang Liga Malaysia dari Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri.

Anggaran Waktu Membaca:
1.3 juta penonton seluruh dunia saksi gol ajaib Faiz Subri

Gol ajaib jaringan Mohd Faiz Subri. (Gambar: Petikan dari YouTube)

Diterbitkan : 02 Dec 2016 09:00PM Dikemas Kini : 02 Dec 2016 09:24PM

KUALA LUMPUR: Setakat 2.00 petang tadi (2 Dis), 1,348,827 penonton sudah menyaksikan video gol ajaib jaringan penyerang Liga Malaysia dari Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri.

Ia sekaligus mengatasi jumlah tontotan jaringan pemain lain seperti Lionel Messi dan Neymar.

Jaringan itu tersenarai dalam tiga jaringan terbaik dunia untuk seterusnya dipilih menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

MARLONE DI TEMPAT KE-2, MESSI DI TEMPAT KE-3

Gol sepakan gunting pemain kelab Corinthians dari Brazil pula, Johnath Marlone berada di tempat kedua dengan tontonan sebanyak 885,572 kali sementara gol sepakan percuma Messi di tempat ketiga dengan 879,423 tontonan.

Calon lain bagi anugerah itu ialah Mario Gaspar (Villareal/Sepanyol), Hlompho Kekana (Mamelodi Sundowns/Afrika Selatan), Saul Niguez (Atletico Madrid/Sepanyol), Hal Robson-Kanu (West Bromwich Albion/Wales), Simon Skrabb (Gefle IF/Finland) dan Daniuska Rodrigue (Venezuela).

Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerusi laman web rasminya www.fifa.com pada 19 November lepas menyenarai pendek 10 gol menarik dari tempoh 30 September 2015 hingga 30 September 2016 untuk dipilih diberi Anugerah Puskas FIFA.

Tiga jaringan terbaik yang mendapat undian tertinggi akan melalui pula proses undian kedua yang pemenangnya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Januari tahun depan.

Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang untuk mengundi gol jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA di www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/ yang undiannya ditutup hari ini.

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan