Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand sahkan 21 kes baru Zika, antaranya seorang wanita hamil

Thailand mengesahkan 21 kes baru Zika jangkitan tempatan dalam daerah pusat perniagaan Sathon di Bangkok.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand sahkan 21 kes baru Zika, antaranya seorang wanita hamil

Zika dijangkiti daripada gigitan nyamuk aegypti Aedes dan hubungan seksual. AFP/Marvin

Diterbitkan : 11 Sep 2016 07:47PM Dikemas Kini : 11 Sep 2016 07:49PM

THAILAND: Thailand mengesahkan 21 kes baru Zika jangkitan tempatan dalam daerah pusat perniagaan Sathon di Bangkok.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand menyatakan mereka yang dijangkiti termasuk seorang wanita hamil yang suaminya baru sahaja pulang dari Singapura.

Wanita itu dijangkiti virus Zika ketika mengandung 37 minggu.

Beliau sudah pun selamat melahirkan dan menurut pihak berkuasa Thailand, wanita itu dan bayinya, sihat.

Bayinya juga tidak mengalami kecacatan.

Pihak berkuasa menemui banyak tempat nyamuk membiak dekat kediaman wanita tersebut.

Mereka sedang memantau kemungkinan lebih banyak kes jangkitan di beberapa daerah berdekatan.

Sekitar 20 kes Zika dilaporkan baru-baru ini di wilayah lain termasuk Bung Kan, Chanthaburi dan Chiang Mai.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan