Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin ASEAN bakal adakan perbincangan mengenai penularan Zika

Negara-negara anggota ASEAN dijadual akan mengadakan perbincangan mengenai penularan virus Zika yang menimbulkan keprihatinan buat masa ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin ASEAN bakal adakan perbincangan mengenai penularan Zika

Zika dijangkiti daripada gigitan nyamuk aegypti Aedes dan hubungan seksual. AFP/Marvin

Diterbitkan : 19 Sep 2016 01:43PM Dikemas Kini : 19 Sep 2016 02:10PM

THAILAND: Negara-negara anggota ASEAN dijadual akan mengadakan perbincangan mengenai penularan virus Zika yang menimbulkan keprihatinan buat masa ini.

Menteri Kesihatan Awam Thailand, Piyasakol Sakolsatayadorn, berkata beliau akan menyertai rakan sejawatannya dari negara-negara anggota ASEAN dalam satu persidangan melalui telefon bagi membincangkan cara-cara untuk mempertingkatkan lagi kerjasama rentas sempadan dalam usaha membanteras virus Zika.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan, juga akan menyertai sidang tersebut.

Menurut Dr Piyasakol, mereka akan membincangkan tentang bantuan teknikal bagi mengesahkan kes-kes jangkitan virus Zika dan kesediaan rantau itu dalam menangani penularan virus tersebut.

Rundingan-rundingan itu diadakan sedang virus Zika terus menular di negara-negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Singapura, Malaysia dan Indonesia. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan