Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para menteri bersiap sedia sentuh isu Zika di Parlimen

Penularan virus Zika di Singapura bakal menjadi antara isu utama yang akan dibincangkan di Parlimen hari ini (13 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Para menteri bersiap sedia sentuh isu Zika di Parlimen

Jejentik nyamuk Aedes aegypti. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Sep 2016 12:27PM Dikemas Kini : 13 Sep 2016 01:28PM

SINGAPURA: Penularan virus Zika di Singapura bakal menjadi antara isu utama yang akan dibincangkan di Parlimen hari ini (13 Sep).

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli masing-masing akan mengeluarkan kenyataan menteri.

Sehingga semalam, 333 kes Zika disahkan di Singapura, dan lebih 80 peratus kes tersebut daripada kelompok utama di Aljunied, Sims Drive dan Paya Lebar Way.

Sebanyak 12 soalan tentang Zika diajukan di Parlimen. Para Anggota Parlimen seperti Alex Yam dan Tin Pei Ling membangkitkan soalan tentang perlunya Daftar Zika Negara, dan sama ada pemeriksaan percuma boleh disediakan kepada para penduduk di kawasan-kawasan terjejas.

AP Tanpa Kawasan Undi dari Parti Pekerja (WP), Profesor Madya Daniel Goh, juga bertanya sama ada sistem jagaan utama bagi para pekerja yang tinggal di tapak binaan dan asrama yang berhampiran dengan kawasan-kawasan perumahan harus disemak dan diperbaiki.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan