Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes Zika naik kepada 292 di S'pura; kelompok baru berpotensi di Ubi Crescent

Sembilan kes baru jangkitan tempatan Zika disahkan hari ini (8 September), membawa jumlah keseluruhan kes yang disahkan kepada 292.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes Zika naik kepada 292 di S'pura; kelompok baru berpotensi di Ubi Crescent

Kerja-kerja menyembur asap di kelompok terjejas. REUTERS/Edgar Su

Diterbitkan : 08 Sep 2016 07:50PM Dikemas Kini : 08 Sep 2016 07:55PM
  • 9 kes baru Zika
  • Jumlah kesluruhan kini 292
  • Kelompok baru berpotensi di Ubi Crescent

SINGAPURA: Sembilan kes baru jangkitan tempatan Zika disahkan hari ini (8 September), membawa jumlah keseluruhan kes yang disahkan kepada 292, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan bersama.

Kedua-dua pihak berkuasa itu menambah bahawa terdapat lokasi yang berpotensi menjadi kelompok baru, melibatkan dua kes yang dilaporkan sebelum ini dan satu kes baru, mereka semuanya bekerja di kawasan Ubi Crescent.

Salah satu kes yang tiada kaitan dengan kelompok itu dilaporkan pada 7 September, dan alamat tempat kerjanya disahkan hari ini (8 September).

Daripada kes-kes baru yang lain, pihak berkuasa menyatakan empat kes dikaitkan dengan kelompok Aljunied Crescent/ Sims Drive/ Kallang Way/ Paya Lebar Way; satu dikaitkan dengan kelompok Bishan Street 12; dan satu lagi kes dikaitkan dengan kelompok Elite Terrace.

Dua lagi kes dipercayai tiada kaitan dengan kelompok yang ada sekarang.

Awal hari ini (8 September), pihak berkuasa menyatakan analisis dua kes jangkitan tempatan Zika menunjukkan ia bukan dari Amerika Selatan.

Malah, virus itu mungkin berasal daripada jenis yang sudah menular di Asia Tenggara sejak 1960an. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan