Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

14 kes baru Zika di S'pura, keseluruhannya 355 kes

Sebanyak 14 kes baru Zika disahkan di Singapura sehingga 3.00 petang tadi (15 Sep), menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Anggaran Waktu Membaca:
14 kes baru Zika di S'pura, keseluruhannya 355 kes

Seorang relawan melekatkan poster tentang Zika pada lif sebuah estet perumahan di Singapura. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 15 Sep 2016 05:39PM Dikemas Kini : 15 Sep 2016 05:40PM

SINGAPURA: Sebanyak 14 kes baru Zika disahkan di Singapura sehingga 3.00 petang tadi (15 Sep), menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Ini menjadikan keseluruhannya 355 kes Zika di negara ini sejauh ini.

Di kalangan 14 kes baru itu, enam dari kelompok Aljunied, menjadikan keseluruhannya 279 kes dari kelompok itu, sementara tiga dari kelompok Elite Terrace. Kelompok Ubi dan Circuit Road juga masing-masing melaporkan satu kes baru.

Lapan kes baru Zika dilaporkan semalam, selepas sehari tiada kes baru dilaporkan kelmarin.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan