Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA, Taekwondo: S'pura rangkul 2 emas

Pungutan pingat emas Singapura untuk Sukan SEA terus bertambah. Dua daripadanya dirangkul menerusi acara taekwondo poomsae.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jun 2015 06:55PM Dikemas Kini : 12 Jun 2015 09:53PM

SINGAPURA: Pungutan pingat emas Singapura untuk Sukan SEA terus bertambah. Dua daripadanya dirangkul menerusi acara taekwondo poomsae.

Chelsea Sim menang pingat emas bagi acara bahagian wanita setelah mendapat markah 8.

Peserta Filipina, Rinna Babanto pula mendapat pingat perak manakala tempat ketiga diduduki peserta Indonesia, Mutiara Habiba.

Dalam bahagian lelaki, Kang Rui Jie merangkul pingat emas dengan markah 8.135.

Haidir Maulana dari Indonesia menang perak manakala peserta Malaysia, Yong Jin Kun di tempat ketiga.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan