Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sukan SEA, Ski Air: Sacha Christian raih pingat emas

Atlit ski air Singapura, Sasha Christian menambah lagi sebutir pingat emas kepada senarai pingat emas negara setelah beliau menduduki tempat pertama dalam peringkat ski air wanita.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jun 2015 02:50PM Dikemas Kini : 12 Jun 2015 09:52PM

SINGAPURA: Atlit ski air Singapura, Sasha Christian menambah lagi sebutir pingat emas kepada senarai pingat emas negara setelah beliau menduduki tempat pertama dalam peringkat akhir ski air wanita.

Sasha 22 tahun menerima sorakan yang gemuruh daripada para penyokong tempatan setiap kali beliau melakukan aksi hebat di Bedok Reservoir, meskipun dalam keadaan hujan lebat.

Dengan markah 59.00, Sacha meraih pingat emas untuk Singapura.

Memandangkan beliau sudah mula berjinak-jinak dengan sukan tersebut sejak berusia 5 tahun, kemenangan Sacha itu bukanlah sesuatu yang di luar dugaan.

Kejayaan itu juga bukan yang pertama bagi Sacha yang memenangi Kejohanan Ski Air Asia pada 2009 dan kemudian merangkul dua pingat emas di Sukan SEA 2011.

Tahun ini, Galuh Mutiara Maulidina dari Indonesia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak setelah mencatat markah 43.11, sementara Maiquel Jawn Selga dari Filipina mendapat pingat gangsa dengan markah 30.89.

Bagaimanapun, nasib yang sama tidak memihak dengan atlit ski air lelaki negara setelah dua atlit muda tanah air, Joshua Tay dan Samuel Chua menduduki tempat keempat dan kelima dalam peringkat akhir kategori lelaki.

Tay memperolehi markah 64.33, sementara Chua mencatat 62.67.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan